Rahsia Nasi Lemak Malaysia

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Kenapa nasi lemak ada santan, ada telur, ada kacang, ada timun, ada ikan bilis dan ada sambal?




Nasi lemak adalah makanan tradisi rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang sangat sedap dan nasinya yang lemak-lemak santan menambahkan lagi selera sesuai dengan cita rasa rakyat tempatan.
Lazimnya, nasi lemak dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan pagi dan kini, dek kerana peredaran zaman, nasi lemak juga telah dijual pada waktu malam. Penjualan nasi lemak pada waktu malam ketika ini juga mendapat sambutan hangat.

ha giteww...ada gaya macam wartawan tak mukadimah Cik Fie kat atas ni? hihi..

Sebenarnya nasi lemak ini bukanlah makanan rutin dan wajib harian orang ramai. Pada asalnya, ketika zaman nenek mak kita dahulu nasi lemak ini ditanak dan dihidangkan dengan sambal, ikan bilis, telur dan timun kepada para pesawah dan pekebun yang telah mengerah keringat membanting tulang untuk menyara keluarga.

ok... Kenapa nasi lemak dicipta sebegitu rupa hingga Cik Fie tergoda dengan keenakan nasi lemak dan sambalnya yang pedas tu. Sebenarnya apa rahsia disebalik nasi lemak ni?





Pada zaman dahulu nasi yang ditanak menggunakan santan bertujuan untuk memberikan tenaga kepada pekebun-pekebun dan pesawah setelah mereka berpenat lelah dan telah banyak kehabisan kudrat. Nasi yang kaya dengan karbohidrat  dan santan yang mengandungi lemak dan kalori yang tinggi sangat sesuai untuk mereka yang melakukan aktiviti berat. Pekerja buruh juga amat digalakkan mngambil sarapan nasi lemak yang berperanan sebagai pembekal tenaga.

Bagaimana dengan hidangan sampingan pada nasi lemak? Apa rahsia disebalik bahan-bahan tersebut? Ini lah yang Cik Fie nak bagitahu sebenarnya. Orang dulu-dulu lagi hebat pengetahuannya dari kita berkaitan khasiat yang terdapat disetiap hidangan. Bukan saja-saja orang dulu-dulu mencipta sesuatu hidangan.

Kacang tanah yang ada bersama nasi lemak pula berperanan untuk meimbangi hidangan nasi lemak yang tinggi kalorinya kerana manfaat kacang tanah itu sendiri sebagai vitamin larut lemak yang terbaik diantara semua jenis kacang yang ada. Kandungan protein yang terdapat dalam kacang tanah juga adalah lebih tinggi berbanding daging,telur atau kacang soya. Sebab itu hidangan asal nasi lemak adalah tanpa daging tak sama seperti yang kita lihat sekarang nasi lemak turut dijual bersama ayam goreng.



Selain itu, hidangan sampingan ikan bilis dimasukkan ke dalam hidangan nasi lemak sebagai perasa tambahan kerana rasa  ikan bilis yang sedikit masin dan telur rebus yang disediakan pula adalah untuk mengenyangkan dan mengawal rasa lapar dalam jangka masa yang lama. Memang sesuai la dimakan untuk orang yang melakukan aktiviti berat. Telur juga mengandungi omega  yang baik untuk jantung dan otak.

Timun yang biasa diletak sehiris dua ke dalam nasi lemak atau masakan malaysia yang lain turut memain peranan dalam hidangan lengkap nasi lemak. Timun mengandungi sebanyak 96% air yang boleh dijadikan pencuci mulut dan menyejukkan tekak selepas menikmati nasi lemak bersama sambal yang agak pedas. Apa pula rasionalnya sambal yang pedas bersama nasi lemak? Cili didalam sambal, dapat meningkatkan metabolisme seseorang. Tambahan rasa cili yang pedas mampu membakar lemak setelah menikmati lemak santan yang tinggi kalori.



Kesimpulan nya adakah selamat menikmati sarapan nasi lemak setiap hari? Menurut Doktor Zubaidi, tidak sesuai jika pekerja yang tidak melakukan kerja berat atau anda yang bekerja dalam pejabat mengamalkan selalu sarapan nasi lemak. Ini kerana kandungan kalori yang tinggi perlu diselaraskan juga dengan pengeluaran kudrat atau tenaga kerja yang banyak.

Cadangan Cik FIe, kalau tak rajin bersenam,cukup sekadar sarapan dengan segelas susu dan sebiji telur rebus untuk mengekalkan tenaga sebelum waktu lunch. Lagi satu, jangan lupa ambil 2 biji Fit I Kapsul dan 2 iji rapat plus selepas sarapan pagi untuk membuang semula lemak-lemak yang dah disuap masuk ke dalam perut..Jom amal gaya hidup sihat.





No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH.. SILA SINGGAH DAN KOMEN LAGI :)