STRATEGI PEMASARAN @ MARKETING STRATEGI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTRA KEPADA SEMUA

hari ni saya ringan jari nak menaip tentang strategi pemasaran.. dulu saya seorang student dalam jurusan Pengurusan Perniagaan dan tamat pengajian dalam masa tiga tahun. Matlamat saya selepas keluar dari IPT, saya mahu menjalankan perniagaan tapi saya perlukan modal. Alhamdulillah, selepas 2 tahun tamat pengajian, saya berjaya mendapatkan modal.. Topik modal mungkin saya akan cerita kan pada entry yang lain..

ok, apa itu strategi pemasaran? strategi pemasaran tu adalah PROSES bagi perancangan dan perlaksaan kita dari segi KONSEP, HARGA, PROMOSI DAN JUGA AGIHAN ATAU PEGEDARAN IDEA, BARANG ataupun PERKHIDMATAN. So, macam mana cara kita nak teruskan proses yang empat perkara tu?

sebab itu, dalam dunia pemasaran terdapat nye the term of  'marketing mix' (campuran pemasaran) iaitu :

1) target marketing - siapa customer kita? orang yang akan beli produk kita  siapa? para ibukah? famili kah? remaja, kaum lelaki atau siapa? berapa pula target umur pelanggan kita tu?

2) product planning - apa kita nak buat dengan produk kita tu? produk apa yang dapat menarik perhatian pembeli? produk kita tu kelihatan macamana? up to date ke? bagaimana cara kita packaging produk kita tu? menarik minat customer yg kita tarrget tu tak?

3) pricing/harga - harga produk kita? macamana nak letak harga? main letak je ke harga tu? caj apa yang kita kenakan pada produk tu dan berapa banyak? adakah harga tu berbaloi dengan kualiti produk yang kita keluarkan? bagaimana customer kita boleh buat pembayaran dan bila? cash/bank in/bank draft?? lepas barang sampai ke tangan mereka ke? bayar terus or bila lagi?

4) place - di mana tempat untuk kita mulakan perniagaan? secara offfline ke online? dalam saluran apa kita ni? pemborong ke, peruncit? direct saler ke cane?

5) promotion - terbahagi kepada : mesej yg nak disampaikan, penjualan secara langsung atau tidak langsung, komunikasi ; bagaiman cara kita menerangkan atau mendedahkan produk kita kepada pelanggan, kuasa memujuk pelanggan untuk membeli dan apa peranan yang perlu kita lakukan supaya produk kita dijual?, bantuan dan perkhidmatan ; adakah service untuk pelanggan yang mengalami masalah dengan produk ita seperti pertukaran barang atau kejadian barang rosak?


5 perkara asas dalam marketing yang dapat saya kongsikan bersama pembaca. Jika sebelum ni hanya ada 4 perkara asas iaitu produk, price, place, dan promosi tapi kini ditambah pula dengan target marketing. Mungkin perkongsian saya belum cukup lengkap bagi anda yang baru berjinak di dalam dunia perniagaan.. ok, saya sertakan beberapa contoh syarikat dan produk yang dihasilkan...

1) Syarikat Ramly Food Processing Berhad yang terkenal dengan Burger Ramly. Saya pasti anda pun pernah merasa burger Ramly yang sedap tu.. Bagaiman beliau meluaskan marketing beliau? saya diberitahu ketika dialam pengajian, bahawa Haji  Ramly Mokni mengupah beberapa orang sebagai pelanggan untuk bertanyakan tentang Burger Ramly disebuah pasaraya besar. Memandangkan pada awalnya, produk beliau tidak diterima oleh pasaraya itu maka, beliau tidak berputus asa dan akhirnya, pengurus pasaraya itu memanggil semula Haji Ramly Mokni untuk memasarkan produk beliau disana memandangkan ada 'permintaan' Burger Ramly ketika itu.. Akhirnya, Produk Ramly semakin mendapat tempat dihati pelanggan. Ya, itu lah yang dikata product planning.

2) Begitu juga dengan pengasas One MZL Natural Beauty Soap Puan Marzalisa Omar yang mengeluarkan produk berasaskan sunnah iaitu air zam-zam. Target beliau adalah untuk seisi keluarga tak kira pangkat umur. Bagaimana beliau memperkenalkan produk beliau? dengan perkembangan teknologi, beliau telah mempromosi kan produk ke dalam laman sosial dan kenalan rapat. Pada peringkat permulaan, beliau memberi sabun kolagen keluaran sendiri secara percuma kepada sesiapa yang berminat dan akhirnya, dengan kesan yang positif, sabun One  Mzl Natural beauty mendapat lebih permintaan. Walaupun usia perniagan belum mencecah setengah tahun, produk tersebut mendapat tawaran pengiklanan media massa dan ekspo luar dari kawasan. ini yang dinamakan rangkaian pemasaran dan cth bagi 5 perkara asas dalam dunia pemasaran. :)


setakat itu dulu ye..salam.




No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH.. SILA SINGGAH DAN KOMEN LAGI :)